secret

my life, my story

jaga lah selagi terdaya.. selagi mereka ada..

kalau ada yang mengikuti kisah pakcik n makcik ni, mesti akan rasa apa yang aku rasa skrang.. masa aku mula2 baca keratan akhbar 'TAK MAMPU JAGA IBU BAPA', hati aku terdetik dan tertanya2..

ada ke anak yang macam ni yang sanggup buat mak n ayah dia camni? sampai nyer hati dia.. dia takde anak ke? dia tak rasa ke sakitnya pengalaman semasa melahirkan anak dia sendiri yang sepatutnya dia sudah tahu mak nyer pun mengalami situasi yang sama dengannya semasa melahirkannya... tapi sanggup lagi dia buat semua tu?

ok lah, kalau sesiapa yang tak tau, aku akan cerita kan sedikit.. apa yang aku ingat sebab kisah ni dah lama.. n hari ni baru keluar resultnya..

ibu n ayah yang malang ni ada sorang anak perempuan yang amat dia sayang.. sebab dia sayang lah dia sanggup serahkan rumah yang didudukinya kepada anak perempuan itu.. n tukar hak milik nama rumah tu.. tapi anak yang tak kenang jasa ni bleh plak halau ibu bapa yang malang ni.. dah lah halau, tak diberinya duit belanja tiap2 bulan.. langsung tak kesah makan pakai mak ayah.. langsung tak kesah mak ayah tido mana..

nasib baik ayah dia ni bijak.. terus gi court.. tak sangka anak akan buat camtu.. dia mintak anak dia berikan belanja bulan2.. n duit tuk sewa rumah ... tapi tu pun anak dia bleh cakap kat court tu yang gaji dia tak cukup nak bagi duit tiap2 bulan.. gaji dia RM4400 sebulan pun dia bleh cakap tak cukup? apa jenis anak lah ko ni.. ko tak kesian ke kat mak ayah ko tu? aku yang orang luar ni tengok pun kesian sgt2 tau.. tak kesah lah dorang pernah buat salah ke tak kat ko tapi jangan lah sampai ko nak halau dorang dari rumah dorang sendiri..

pastu mereka tu kan mak ayah ko... nape leh buat camtu? ko tak rasa ke kalau dorang kecik ati kat ko, Tuhan akan balas lebih teruk lagi nanti.. tak takut ke anak ko nanti akan buat mende yang sama malah lebih teruk lagi dari apa yang ko buat kat mak ayah ko tu..

aku memang tak leh tahan kalau ada kes2 camni.. walau sikit pun, cuba lah gembirakan hati dorang.. dorang pun bukannya nak sangat duit ko.. tapi kalau ko bagi tiap2 bulan, terubat hati mereka.. anak2 masih ingat pada mereka.. aku tak paham kenapa ada anak yang bleh lupa jasa orang tua mereka.. aku memang tak paham..

nasib baik kes ni memihak pada pakcik makcik ni.. dorang akan dapat duit RM500 setiap bulan.. n dorang diminta untuk tinggal bersama2 anak mereka di rumah mereka yang telah dipindah milik ke nama anak yang tak kenang jasa tu.. mereka diberi kebebasan untuk bersuara, kebebasan untuk berbuat apa2 saja di rumah itu.. alhamdulillah.. sampai macam tu sekali mahkamah perintahkan..

mohon jauh dari kita semua.. aku bukan lah baik sangat.. aku bukan ustazah.. tapi aku memang sedih bila bercakap pasal ni.. aku selalu pesan kat adik2 aku.. untuk dapat keberkatan, jangan lupa bagi duit kat mak tiap2 bulan.. dia takkan minta.. dia takkan bersunggut kalau kita tak bagi.. tapi dia akan gembira kalau kita bagi walaupun skit.. itu tanda mereka sentiasa di hati kita.. keberkatan duit gaji tu yang lebih penting... kita takkan habis duit gaji kita pun kalau kita bagi kat mereka tiap2 bulan..




masa mula2 kes ni keluar paper


result hari ni

alhamdulillah.. hopefully kisah ni kita jadikan pengajaran.. sama2 kita bahagiakan mereka selagi mereka masih ada di dunia ni.. jangan sampai mereka dah takde, baru kita terhegeh2 nak menangis, nak insaf2, nak menyesal2 sebab tak sempat nak bagi apa2 kat mereka.. tak sempat nak gembirakan mereka.. nauzubillah.


** aku skrang ni tengah design rumah aku.. n bila ku khabarkan kat mak aku yang aku dah design satu bilik untuk dia, dia siap berterima kasih pada aku.. yang bagi satu sangat kecil harganya.. n aku janji akan jaga mereka selagi terdaya.. Ya Allah, Kau perkenankan doa ku ini.. amin

rindu nak dengar suara dia..

tiap2 pagi kul 7, aku mesti on tv.. sebabnya? nak tengok hot fm am krew.. nak tengok fafau.. but for this week, muka dia langsung tak nampak.. tensi betul aku.. frust giler bila tak dapat tengok n dengar suara dia..

aku baru je sedar yang aku ni minat suara dia.. sebelum ni biasa je.. bila dia takde ni, bosan lah plak..

fafau, where r u? aku agak dia ni mesti gi mekah.. sebab member2 dia sume tak nak bagitau dia ada kat mana.. kalau betul dia gi mekah menunaikan haji, alhamdulillah.. aku tumpang happy...

Hahahahahaha

ada sorang makcik kelantan nih, dia pergi HKL nak cari sedara dia kemalangan.

Sampai je kat HKL dia pun tanya la sorang nurse kat situ dalam loghat kelantannyer.

" Nok tupe tanyo, mano dio wod kecemase".

Dengan selamba nurse ni pun menjawab

"Wad kencing masam takde... Wad kencing manis ader la"..

Kuang..kuang..kuang

sifat 20..

satu malam, yang, jom kita baca sifat 20.. ayang ingat tak?

aku dengan bangganya menjawab 'mesti lah ingat.. sebabnya ayang masa kecik2 dulu kena kurung dalam bilik sepanjang hari sebab tak hafal sifat2 Allah ni.. ayah cakap.. malam, ayah nak dengar. mesti betul!.. so dari pagi ayang duk bertapa dalam bilik hafal sifat 20 ni.. dan alhamdulillah malam tu ayah puas hati.. nasib baik puas hati.. kalau tak? dah lah ayah masa tu pegang rotan yang panjang giler.. tak sanggup nak ingat balik'...

panjang lebar lagi aku duk cite kat laki aku nih.. siap ada perasaan riak skit2 tuh.. huhuhu

lepas tu, kami pun sama2 menyanyi2 sifat 20 tu


Wujud
Qidam
Baqa
Mukhalafatuhu lilhawadith
Qiamuhu binafsih
Wahdaniat
Qudrat
Iradat
Ilmu
Hayat
Sama'
Basar
Kalam
qaadiran
muriidan
aliman
hayyan
sami'an
basiiran


tiba2 je kami terdiam pada sifat yang ke 20.. n masa tu jugak aku terdengar suara aku menyebut 'mutawassitah'... siap berlagu lagi tu..

terus en suami sound...isk.. mana ada mutawassitah.. tu najis lah..

eh.. aaa'ah lah.. silap.. camne bleh lupa ek?

jom kita baca sekali lagi..

kali kedua baca, baru kami dapat yang betul.. korang tau tak apa yang betulnyer? yang betul ialah mutakalliman....


sempat lagi en suami perli aku... katanya jangan berlagak sangat.. kan Tuhan dah tunjuk..

** skrang ni aku tengah nak hafal asmaul husna ni.. ada tips tak? jeles bila dengar en suami nyanyi asmaul husna ni.. en suami kata kena selalu nyanyikan, then baru ingat.. tapi aku rasa dah banyak kali nyanyi dah.. tak ingat2 jugak.. geram betul kat diri sendiri..



bila dia dah start bercakap


bila dia dah start bercakap...

di kala kita tengah bercakap..
mama, jangan bising.. diam! atil nak tengok tv ni...

di kala kita tengah sedap menikmati makanan di kedai..
mama, papa, aki, tok wan.. baca doa...
berapa ribu kali daa nak baca doa
..kalau orang tengok, mesti cakap kami ni lupa baca doa

di kala kita ajak dia solat
atil tak nak.. atil nak tengok tv.. atil syakit peyut

di kala kita kacau dia bila dia tengah tido
jangan tacau atil.. atil nantuk ni.. kick kang!

di kala kita baru je masuk kereta
mama, airtond.. atil panas ni!

di kala dia membebel.. ayat last dia mesti
isk.. budak niiii..
aku jugak yang jadi budaknya..


di kala dia tiba2 lapar
mama, jom makan jom.. lapar dah aseeee...

di kala dia tengah tengok cite ultraman gaia
aduh.. aksyasye kick kaki atil mama.. syakitnyeeee

di kala dia tengah tido n tiba2 hendak susu
mama, nak syusyuuuuuuu...tepat.. atil lapar ni...
menjerit2 sampai satu rumah dengar


di kala dia nak pee n poo..
mama..atil nak yak..
semua pun yak.. yang confius nyer mama ah..


di kala kita tengah online guna laptop
mama buat apa?.. buat apa tuu? atil nak ultraman gaia jom.. cd ane cd?


walaupun banyak darinya berupa satu arahan, yang kadang2 mengejutkan kami, tapi bila di perhatikan balik.. ayat dia tu.. cara dia bercakap.. sama dengan apa yang selalu kami cakap.. so skrang ni kena hati2 skit.. tak leh cakap yang mengarut2.. sebab budak2 skrang ni cepat je terima.. pastu habis sume orang dia cerita nanti..


Me....

My Photo
noniey
my hubby said that i'm the only soulmate for him , a precious mama to his son, muhammad aqil syahmi, a wonderful daughter to his PIL and a great daughter to his parent. and also a good lecturer to my students.
View my complete profile

noniey says....

home sweet home..

kadang2 kita kena berdiam diri.. sebab itu lebih baik dari kita mendedahkan keaiban diri sendiri..

contact noniey

ym - lucinquist@yahoo.com

Time

messages@secret

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Moms Unite@secret

Where Moms Unite

blogMalaysia@secret

BlogMalaysia.com

IMCurtain@secret

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Followers@secret

Frendz@secret

Blog Archive