secret

my life, my story

jagalah pemakanan kita bagi menjaga akhlak kita dan anak2..

TANYALAH USTAZ : MAKANAN HALAL

pilih lah kedai yang betul2 kita confident halal kerana apa yang kita makan akan menentukan akhlak dan perilaku kita serta anak2 kita. tengok keadaan kita skrang. kita selalu tertanya2 kenapa budak2 muda skrang tidak sama dengan budak2 muda dulu.. kenapa makin ramai murid2 yang kurang ajar pada cikgu.. yang dengan selamba memukul ibu dan bapa.. dengan sumbang mahram yang makin menjadi2.. ditambah lagi dengan buang anak.. zina.. nauzubillah..

kerana ini semua salah satunya disebabkan kita semua tidak menjaga pemakanan kita.. carilah kedai yang betul2 halal. yang menunjukkan logo halal. dan jangan lah kita masuk kedai yang kita sendiri tak sure halal atau tak hanya kerana kita melihat adanya orang2 melayu ataupun perempuan bertudung di dalam kedai tu..

kita di negara islam.. tapi pelik kan.. kenapa di negara islam sendiri.. kita jadi susah hati mencari logo halal.. yang bagi saya, sepatutnya di negara islam.. logo haram yang perlu dicari.. kerana semua orang mementingkan halalan toyyiba.. wallahualam..

percaya atau tidak.. wallahualam

daripada emel yang saya dapat. betul atau tidak, nak percaya atau tidak, wallahualam.. cumanya macam apa yang dikatakan oleh Datuk Noh Gadut dalam paper last week kalau tak silap saya.. kalau kita semua tak mengambil kesah halal haram ni, tak mustahil anak2 kita nanti akan rosak akhlak dan jadi generasi yang teruk.. kerana apa yang kita makan akan jadi darah daging kita semua... dan menentukan ke mana kita di akhirat nanti.. syurga atau neraka.. wallahualam

Fakta


Baru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan
Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus
mendedahkan produk haram yang berada dipasaran dan meminta orang-orang
Melayu/Islam berhenti menggunakannya.
Berikut secara ringkas produk tersbt dan serba sedikit huraiannya.


COLGATE
Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~haram~ bercampur lemak
babi. Colgate 125ml yg berada dipasaran sekarang sah diimpot dr Thaland.


AJI NO MOTO
Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~ bercampur
lemak babi Aji No Moto jg disahkan oleh doktor mengandungi MSG(MonoSodium
Glutamate) berlebihan yg boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut
dgn cepat.Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jln Kuchai Lama (Mysia)
disahkan bebas dari lemak babi.

COKLAT.
Semua coklat yang diimpot dr luar negara mengandungi lemak babi atau pun
sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui.
Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD
164 disahkan mengandungi lemak babi.


FISHCAKE; FISHBALL; MEE & KOYTIAW BASAH
Keluaran bukan Islam disahkan mengandugi ramuan campuran lemak babi supaya
produk tahan lama.


BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE
Babi ternak di Mysia tdk berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan berbulu.
Dinegeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti
ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah
bulu-bulu babi dari negeri China.


ROTI HIGH 5 ( HIGH FIVE )
Roti High 5 HARAM dimakan krn mengandugi/dicampur/diproses dr ragi babi.
Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita/surat layang mengenai lemak
babi dalam roti Gardenia.
Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali.
Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri
yang irihati dengan pencapaian /kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini
disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yg
amat peka dengan sensitivity umat Islam mengenai pemakanan halal/haram.
Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi
tidak membabitkan negara Malaysia.
Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yg
digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS).Ini disahkan oleh
Stiausaha PPIM Dr.Maamor Osman. Gardenia disahkan bebas dr campuran lemak babi.


REMPAH KARI ALLAGAPA; BABAS; SAKHTY & CAP MATA
Keempat-empat jenama kari diatas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40%
hasil jualannya digunakan utk membuat/menambah/memperelok kuil-kuil H****
di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam
Gujerat India.
Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja
rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya
bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan
filem Hindi ini ibarat isi dgn kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.

Satu perkara lagi yg perlu diberi perhatian ialah nombor 786. Orang-orang
veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yg ditanya mengenai nombor
ini menyatakan dengan berbagai pendapat. Tetapi apa pun jawapannya nombor
ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu.
Malangnya kod ini (786) diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka
jg melabelkan papan iklan kedai dgn nombor tersbt utk mengabui umat Islam.
Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang
menggunakan gambar Kaabah dan ayat suci Al-Quran dicetak/ditaja oleh
Palanniappa, Sakhty dan Babas.
Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa
restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar
terutama di Taiping dan Ipoh.Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan
ayamnya halal…Di Taiping ada restoran nasi kandar,rotinan dan toseh dr
pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***


COCA COLA
Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri.
Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahu kah saudara tulisan Coca
Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh
dibaca dan akan membawa maksud ‘Laaâ€(tm) Allah Laaâ€(tm)Muhammad

(Tiada Allah Tiada Muhammad)
Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua diMalaysia yg berjaya
memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya diPerak merosot sehingga 60%.
Syabas warga Perak.


SARDIN TIN MERAH
Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.


KENTUCKY FRIED CHICKEN
Perkara yg meragukan dlm kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri.
Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih
hanya dibaca pada permulaan/pertama sahaja manakala yang lain-lain nya
tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu/berpusing untuk disembelih.
Kita tidak dapat berbuat apa-apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat
kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan
was-was elok lah kita tinggalkan.
Keadaan ini sama lah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri
sembelihannya dimana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan
selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas/raga.
Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati
akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati
lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.


TEH HAILAM
Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang
pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam Sedap katanya. Minum pula dlm cawan
berbunga.TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat.Seorg
Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi
towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan
membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas
utk teh tersbt Itulah resepinya.Bunyinya memang lucu ttp itulah hakikatnya.


TESCO IPOH
Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkan supaya
berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalam Tesco.
Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam ( C*** ) dan
mengupah pekerja Melayu utk RUN bisnes tersebut. Masalah utama ialah ayam
digerai ini di supply oleh C***.
Hanya sebuah gerai (Western Food ) saja yg disahkan betul-betul halal dan
dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu.


RENUNGAN
Dipasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang
seolah-olah bercirikan Islam. Contoh :
Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan
bunyi sykt pembuat spt bahasa Arab yg kadangkala kita tak ambil kisah langsung.
Dipasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan
Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu/Islam.Bisnes
ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah
mana mungkin produk Melayu blh msk pasar raya. Bgaimana pula dgn kicap Thamin
Kicap Thamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman C***
dgn bayaran RM7,000.00 utk membolehkan produk tersebut memasuki pasar raya.


PERIHAL KICAP ELIZA
> Betul ke?????? Orang perak tolong periksa !!! Kicap Eliza.
> Tolong war-warkan pada kengkawan yang lain sebab bukan anak-anak saja
> yg sukakan kicap, kita mak/bapak pun suka......masak kicap.
> Berhatilah kalau cerita ni benar, perlulah kita sebarkan pd semua org...
> Kicap Eliza. Dibotol kicap tertulis alamat kilangnya ialah di Batu 3,Jln
> Jelapang, Ipoh. Setahu saya diBatu 3, Jalan Jelapang cuma ada Kilang
> Kicap kepunyaan kaum cina, pekerjanya juga kaum cina. Lokasinya ialah
> dipersimpangan Jalan Jelapang dengan Highway ke Lumut (ditraffic light).
>
> Kepada yang biasa dengan bandar Jelapang, kilang tersebut berada
> disebelah sungai sebelum memasuki ke Taman Meru 1A. Terdapat kilang
> kicap tanpa pagar ... dan bangunan kayu lama disitu. Dan dikawasan
> itulah letaknya batu 3, Jalan Jelapang dengan berposkod 30020 seperti
> tertera dibotol.saya yg hampir sebelum ini 10 tahun tinggal disana pun
> tak perasan itulah kilang kicap Eliza ... kecuali bila tengok address
> kilang pada botol tersebut semalam (Ahad).
> Gunalah kicap dan sos cap "HABHAL KIPAS UDANG". Yang ini taukehnya
> memang orang Islam ... seorg jutawan yang dermawan tinggal di Kampung
> Melayu Majidee JB.Produknya pun khabarnya dah sampai ke Timur Tengah
> sana ... satu lagi cap "TAMIN" .... [Yusoff Yaacob] tapi yg warna
> hijau tau, bukan cover yg warna merah yg merah, sudah dijual kpd tokey
> cina (sudah tentu bukan islam)....
> >
> Subject: RE: REPLY ....... AWAS! penggemar kicap!
> Untuk maklumat u all, setelah diselidiki dan dipantau....kicap yg
> tertera dibwh tu.....sememanglah benar, dipunyai oleh seorang taukey
> cina kilang kicap tersebut mengunakan nama orang melayu agar mereka
> mendapat keuntungan yang banyak. Sebab rata2 yang mengunakan kicap
> adalah orang melayu , jadi itu adalah strategi mereka. oleh yang
> demikian hindarkan saja utk membeli jenama tersebut...semoga apa yg
> dimakan hendaklah halal dan sememang nya bersih.
> Orang Ipoh tolong siasat betul ke ni? Soal makanan kena ambil berat
> sebab jd darah daging yg menentukan sikap dan kemana kita diAkhirat nanti.
> *wallahualam


9 mimpi Nabi Muhammad SAW

antara 9 mimpi Nabi Muhammad SAW...

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

'Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Isra'kan.....'

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka
malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.


2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat
daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.


6. Aku melihat umatku cubauntuk mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.


8. Aku mel ihat umatku cubaberbicara dengan golongan orang mukmin tetapi
mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka
dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

amalan yang tidak diterima pada bulan Ramadhan

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”

“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:

1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:

1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.

4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.

Jangan Kikir

TANYALAH USTAZ : JANGAN KIKIR

saya skrang ni suka betul tengok Tanyalah Ustaz ni.. n bagi saya, program ni memang begitu dekat dengan jiwa saya sebab soalan2 yang diutarakan memang soalan2 umum yang selalu terlintas dalam fikiran kita semua.

apa yang dijawab oleh ustaz pada hari ini.. n betulkan saya kalau saya salah.. sebab saya tulis ni berdasarkan apa yang saya dengar n saya ingat. saya hanya ingin share dgn semua sebab saya rasa setiap topik dalam program ini sangat bagus. saya bukan ustazah, saya bukan motivator, jadi betulkan saya kalau saya salah.


1. jika kita di dalam kesakitan, banyakkanlah bersedekah kerana sedekah itu dikira sebagai ubat bagi segala penyakit. kalau ada sedara2 kita tengah sakit skrang ni, minta lah dia banyakkan bersedekah, insyaallah dengan izin ALLAH, segalanya tidak mustahil. wallahualam.

2. jika kita ingin bersedekah, cth kepada 2 masjid. pilih masjid yang paling aktif. sebab disamping keikhlasan, kita juga boleh mendapat ganjaran pahala. cthnya kalau kita ingin sedekah Quran, kita bagi pada rumah yang tidak menggunakannya. maka tiada ganjaran pahala sebab dia tak menggunakan Quran tu. pahala sedekah tu memang kita akan dapat. jadi, kita boleh sedekahkan kat sekolah tahfiz yang kita memang tau dia akan menggunakan tiap2 hari Quran tu. wallahualam.

3. sedekah yang paling afdal ialah sedekah yang kita usahakan jugak untuk bersedekah walaupun kita tak mampu. wallahualam.

4. jika kita tidak mampu untuk bersedekah juga, memadai lah kita mengucapkan subhanallah (33 kali), alhamdulillah (33 kali) dan Allahuakbar (33 kali) setiap kali selepas solat. wallahualam.

5. sedekah juga menjauhkan kita dari kemalangan dan kecelakaan. wallahualam.

6. senyum itu adalah sekecil2 sedekah. wallahualam.

topik ni memang best. n tolong betulkan saya kalau saya silap. saya suka untuk share apa yang saya tau. n kalau nak kepastian lagi, jom lah kita sama2 tonton TANYALAH USTAZ setiap hari jam 7 - 8 am.. n siaran ulangannya jam 11 - 12 pm kalau tak silap saya.

wallahualam.

segalanya hanya untuk mengharapkan keredhaanmu Ya ALLAH..

Dia Kekasih ALLAH - Hijjaz

lagu ni membuatkan aku terasa syahdu sangat. betapa kerdilnya diri skrang ini.


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


wasiat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).

Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.

(b) bertaubatlah - dengan segera sementara pintu taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah

(d) berzakat - jangan ditinggalkan.

(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

Detik - detik RASULULLAH Menghadapi Sakaratul Maut..


Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, “ Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua perkara pada kalian; Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak oran-orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam syurga bersama-sama ku.” Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.


Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. “Rasullullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah, “Siapakan itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut.” Kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri , tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya . kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “ Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu.” Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?”tanya Jinril lagi. “Khabarkan kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.


Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkn wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.


Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. “ Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku”- “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”


Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatii”- “Umatku, umatku, umatku”. Dan berakhirlah hidup seorang manusia yang mulia yang memberi sinaran itu.


Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholi ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihin.. betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Kirinkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu hanya fana belaka….


HAYATI LIRIK LAGU INI (INTEAM - PEMERGIANMU)

Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team


(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu

Me....

My photo
my hubby said that i'm the only soulmate for him , a precious mama to his son, muhammad aqil syahmi, a wonderful daughter to his PIL and a great daughter to his parent. and also a good lecturer to my students.

noniey says....

aku ingin jadi lebih baik.. bantu aku YA ALLAH.. aku ingin sentiasa merinduimu, menyintaimu, mengingatimu dan juga RASULULLAH s.a.w.. amin

contact noniey

ym - lucinquist@yahoo.com

Time

messages@secret

Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x

Moms Unite@secret

Where Moms Unite

blogMalaysia@secret

BlogMalaysia.com

IMCurtain@secret

Blogging Community, Blogosphere, Free Blog Submissions, Blog Directory, Article Submissions, Blog Traffic

Followers@secret